Ini Fesyen Bertudung Yang Dilarang dalam ISLAM

Hati-hati ye...




Rasulullah telah meriwayatkan dalam hadisnya yang sohih :

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".(Hadis Riwayat Muslim)

BERSEDERHANALAH DALAM PEMAKAIAN KITA....INSYAALLAH...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita Oh Wanita....

Buat sidang pembaca yang saya hormati...
(Mungkin nukilan kali ini akan menyentuh sedikit sensitiviti kaum wanita...YAKIN dan PASTI lah tidak ada niat langsung utk saya menjatuhkan maruah atau aib wanita...cuma mungkin ada beberapa masalah yang perlu diperbetulkan agar umat Islam itu sedar batas2 bagi seorang wanita yang mana wanita itu begitu DIPANDANG TINGGI OLEH KEKASIH JUNJUNGAN AGUNG NABI MUHAMMAD S.A.W...)


Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata,

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”

Bagaimana pula dgn gambar ini??????



Tutup aurat TAPI NAMPAK BENTUK TUBUH BADAN...adakah ini yang telah diajar oleh Islam?
Islam tidak melarang umatnya utk berfesyen...akan tetapi berfesyen biarlah kena pada tempatnya...Islam suka umatnya yang bersederhana...fesyen begini lebih baik :



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rasulullah Kekasih Allah



Nabi Muhammad merupakan nabi yang terakhir diutuskan oleh Allah untuk umat akhir zaman. Baginda yang digelar AL-AMIN itu begitu dipercayai oleh penduduk arab quraisy ketika itu. Bagindalah penyelamat ummah yang membawa masyarakat arab jahiliah ketika itu daripada zaman kegelapan kepada sinar cahaya Islam. Walaupun pada permulaan dakwah Rasulullah tidak diterima oleh masyarakat arab ketika itu,Rasulullah tetap sabar dan tabah menempuh ujian Allah Azza Wajalla. Dengan memegang prinsip tiada paksaan dalam agama Islam,masyarakat arab tertarik dengan keindahan dan kemakmuran agama Islam itu sendiri. Seperti dalil dalam Al Quran yang menunjukkan bahawa tiada paksaan dalam agama Islam :

قال الله تبارك وتعالى في سورة البقره “ لا أكراه في الدين قد تبين الرشد من الغي فمن يكفر بالطغوت ويؤمن بالله فقد أستمسك بالعروة الوثقى لا أنفصام لها والله سميع عليم ” البقره 256
……....Tiada paksaan dalam agama………………………….”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siapa kita di sisi Allah Yang Maha Kuasa...

Maksudnya: "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (QS Al-Anbiya' : 30)

Betapa hebatnya kuasa Allah Azza Wajalla...mencipta alam ini secara berperingkat...orang orientalis percaya bahawa alam ini terjadi dgn sendirinya,walhal Allah menjadikan alam ini secara berperingkat. Bermula dgn letupan oleh bintang yg dipanggil dengan teori BIG BANG, kemudian selepas 3 saat,letupan tadi berubah menjadi'energy & exotic particles'. Selepas 3 minit 24 saat,energy ini bertukar menjadi 'proton & neuron'...selepas itu,ia bertukar menjadi 'hydrogen & helium'. Setelah terjadinya kejadian tersebut....barulah terbentuknya'stars & proto galaxy'. Selepas 5 peringkat ini Allah jadikan dgn penuh hikmah,kemudian terjadinya 'universe' atau dikenalpasti sebagai alam semesta tempat kita semua diami sekarang. Tapi yakin dan pastilah bahawa galaksi bima sakti yg kita diamai ini sebenarnya terdapat lebih berjuta-juta galaksi lain yg terdapat di'outer space'. Kalau anda masih tak percaya mari lihat foto ini.......

FJnyWrCjujo/Ty_n_RlkFgI/AAAAAAAAADQ/CumAYtIBuEQ/s1600/history.bigbang.jpg">


Jadi,apa perasaan anda bila lihat gambar ini? Tak terasa ke yang kita ini terlampau kerdil disisi Allah Yang Maha Esa. Tapi mengapa kita masih ingin melakukan banyak kerosakan di muka bumi Allah ini. Benarlah firman Allah dalam Al Quran yang mulia yang bermaksud :

"Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri mengusahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka buat, supaya mereka kembali." (30:41)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...